Isnin, 6 Julai 2009
Hai O Marketing....Skim Cepat Kayap kee..
Bila sebut pasal berniaga mesti ada modal. Hai-o berniaga dengan banyak pilihan produk yang berkualiti. Telah disebutkan nak mula berniaga hanya rm30 (ahli) sahaja. Hai-o akan bagi stater kit sebagai panduan untuk memulakan bisnes. Cuba beritahu kami apa jenis yang tidak perlu modal dan tidak perlu melibatkan orang? Nak berniaga burger kena ada modal. Nak berniaga nasi lemak pun kena ada modal. Orang yang berfikiran negatif hanya nampak keburukan sahaja. Keburukan 1% tu lah yang dia nampak dan besar-besarkan. Sedangkan yang selebihnya kebaikan langsung tidak nampak. Ok. Tak guna berceloteh panjang. Saya nak buat perbandingan buat Loan. Tak kiralah loan adik-beradik atau lain-lain intistusi kewangan. Saya yakin hampir semua orang buat loan kereta betul? Kereta tu keperluan betul? Sukalah kita tersengeh-sengeh bawa kereta Wish dalam kertas. Ok encik ini loannya rm125 ribu, bulan-bulan rm1200. Bayar yer… 5% kami kenakan bunga. Huh! Takde hal. Aku boleh bayar punya! bayarlah kita rm1200 sebulan atas besi yang susut nilai itu. Ada rezki lebih 2 tahun lagi aku nak tukar Alphard lak. Liabiliti makin bertambah. Ingat! Kereta tu bukan anda punya selagi tak habis bayar. Ok. Saya ambil contoh buat loan dan berniaga. Di Hai-o kita buat bisnes dengan matlamat untuk mendapat pangkat tertinggi iaitu Crown Diamond Manager. Jadi group Taipan membuat satu plan bisnes yang tidak menyalahi langsung plan asal Hai-o dan apa yang diluluskan oleh KPDNHEP. Kita buat loan rm21k dan membeli 10unit penapis air. Saya dah sebut tadi nak berniaga kena ada duit. Sama dengan loan beli kereta juga bulan -bulan rm278/bulan. Ia berbeza dengan loan kereta (susut nilai) kerana duit yang dipinjam itu akan berkembang(buat bisnes). Kita keluarkan rm10, kita dapat rm10. Jadi… dimana risikonya buat bisnes ni? Buat dengan tidak buat je yang berbeza. Kebanyakan yang berlaku ialah downline tinggalkan Upline. Upline bagi strategi tindakan tak mahu buat. Ada satu kes CDM telefon taknak angkat. Sms tidak dijawab hampir setahun CDM bagi kata semangat. Beberapa hari sahaja nak cukup setahun barulah dia bangkit. Bulan pertama terus lompat dan dapat DSM. Akhir sekali semoga pembaca dapat input dari post saya kali ini. Pesanan dari saya, berceritalah tentang Hai-o atas kapasiti diri sendiri. Menggunakan gaya bahasa, body language dengan cara yang ‘itulah diri kita yang sebenar’. Bukan copy paste cara dan gaya bahasa CDM kita. Kerana jika kita tidak berjaya menjadi seperti CDM dari segi teknik bercerita,penggunaan body language, kita akan kecewa! Percayalah. Kata-kata hikmat : ‘Kejayaan adalah kata keramat yang dimiliki oleh mereka yang berani dan berjaya mengatasi rasa takut, malas dan sentiasa berfikir selangkah ke depan. Namun mereka yang gagal atau tidak sedar diri mereka gagal sebenarnya tidak pernah mencuba bahkan merekalah pencuri impian kita terbesar… |
Catat Ulasan